Definisi Tafsir Al-Quran
Disebutkan atas wazan taf'iil "تفعيل" daripada "الفسر" bermaksud : bermakna, penjelasan, penerangan, menyingkap dalam Al-Quran.
DALIL AL-QURAN
"Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan kami datangkan kepadamu sesuatu yang benar dan paling baik penjelasannya."
(Al-Furqan :33)
Pengertian Tafsir
🌸Perkataan (ف س ر ) "Fasara" bermaksud menjelaskan atau menghuraikan.
🌸"Fasara: juga bermaksud kesungguhan membuka secara berulang-ulang.
🌸kata "tafsir" bermaksud upaya kesungguhan untuk membuka penjelasan tentang makna dan hakikat yang tersembunyi di dalam Al-Quran.
Manakala, Perkataan yang seringpula dipadankan dengan istilah "tafsir" adalah "takwil". Kedua - dua perkataan ini mempunyai perbezaan maksud namun kedua dua istilah ini sering digunakan secara bersamaan atau bergantian dalam tafsiran Al-quran.
Pengertian Takwil
🌸"Takwil" bermaksud mengambil pada makna dasar.
🌸Takwil tidak hanya memfokuskan pada aspek "Tafsir" dalam menjelaskan atau menghuraikan maknanya secara kebahasaan sahaja, ia juga ada upaya untuk mengembalikan pada makna secara simbolik atau filosofi.
💡Dapatlah disimpulkan bahawa "Tafsir" hanyalah upaya menyingkap makna dari aspek lughawiyah (kebahasaan) saja. Manakala "Takwil" lebih pada upaya membangun pemahaman ulang atau pemahaman baru dalam membangun makna baru dalam konteks yang lebih kompleks dan luas, baik dari segi filosofi atau simbolik.
Dari Sudut Istilah
🌸Suatu ilmu yang memahami kitab Allah (Al-Quran) yang diturunkan keatas Nabi Muhammad SAW bagi menerangkan dan menjelaskan maknanya, mengeluarkan hukum-hukum dan hikmahnya.
🌸Menurut Al-Maturidi bahawa tafsir merupakan penjelasan yang pasti dari maksud satu lafaz dengan persaksian bahwa Allah SWT bermaksud demikian dengan menggunakan dalil-dalil yang pasti melalui para periwayat yang adil dan jujur.
🌸Menurut Imam Al-Zarqani bahawa tafsir adalah ilmu yang membahas kandungan Al-Quran baik dari segi pemahamannya, maknanya atau ertinya yang sesuai dikehendaki Allah, menurut kadar kesanggupan manusia.
🌸Menurut Az-Zarkasyi bahawa tafsir adalah ilmu yang berfungsi untuk mengetahui kandungan kitabullah (Al-Quran) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan cara penjelasan maknanya, hukumnya serta hikmahnya yang terkandung dalam Al-Quran.
Tambahan :
Tafsir nusantara - Hamka
ULAMA’ FEKAH
Maliki
hambali
➡️Seterusnya, Bentuk Penafsiran Al-Quran
Comments