5 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

 1. Wujudkan komunikasi yang baik dengan anak.

🌸Sentiasa berlemah- lembut dengan anak dan memberikan perhatian sepenuhnya juga memberikan ulasan jawapan yang terbaik buat anak-anak sekiranya mereka bertanyakan sesuatu. Selain itu, ibubapa perlulah cakna mengenai apa-apa cerita yang ingin mereka kongsikan. Perkara ini merupakan proses utama dalam mengenali jiwa dan hati mereka.

 Dari Ibn Abbas RA ketika ditanya:

 " Dengan apa kamu capai ilmu ini? ", beliau menjawab:

                            بلسان سؤول , وقلب عقول

 Maksudnya : "Dengan lidah yang banyak bertanya dan dari hati yang benar-benar berakal.


2. Teguran yang berhemah.

🌸Ibubapa perlulah memberikan teguran yang berhemah kepada anak-anak. Sekiranya cara komunikasi mereka tidak disenangi, didiklah mereka dengan menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami. Dalam menegur jangan sampai melukakan perasaan atau mengaibkan diri anak. Sebagai contoh, dengan memarahi anak dikhalayak ramai.


3. Menzahirkan kasih sayang.

🌸 Didikan tidak semestinya melalui cara yang kasar. Sebagai contoh, kita perlulah mengajar anak menutup aurat dengan sempurna dengan berkasih sayang dan menjadikan diri ibubapa itu sendiri sebagai ikon ikutan anak-anak. Dengan ini, berkasih sayanglah sebagaimana rasulullah berkasih sayang dengan cucu baginda.


4. Hukuman yang tidak menyakitkan.

🌸 Sifat sayangkan anak itu adalah lumrah buat ibubapa, namun memberi hukuman kepada anak sekiranya mereka melakukan kesalahan juga perlu dititikberatkan dengan tujuan mendidik. Namun begitu, hukuman tersebut bukanlah dengan niat ingin mencederakan atau mendatangkan apa-apa kemudharatan kepada anak.


5. Doa yang tidak putus daripada ibubapa.

🌸Doa ibubapa buat anak ini tiada hijab dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sentiasalah mendoakan mereka dan sebutkan setiap nama dan hajat secara khusus.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Daily Routine sebagai Umat Islam.

Penafsiran Al-Quran

Syarat - Syarat Pentafsir

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Petua Cantik Dalam Islam.

Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya.

Peliharalah Percakapan dan Perbuatan

Pengenalan Tafsir Al Quran

Jenis -Jenis Pentafsiran Al-Quran