Tips Daily Routine sebagai Umat Islam.
Sebagai Umat islam, kita perlulah menjalani kehidupan seperti orang islam bukan mengikuti cara barat. Kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri, akhlak dan cara hidup mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh islam.
Ini merupakan Amalan yang disarankan di pagi hari hingga ke malam.
1. Baca QulhuAllah (surah Al- Ikhlas) 10x setiap pagi.
2. Al- Mulk sebelum tidur.
3. Sedekah subuh hari -hari. (bagi kucing makan ke minum pon dikira sedekah jugak)
4. Baca ayat kursi selepas solat.
5. Selawat pada hari jumaat melebihi zikir -zikir lain.
6. Jika hendak solat dengan khusyuk, berwuduk 10 minit sebelum azan, off handphone dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat.
7. Satu doa untuk satu sedekah subuh.
8. Seindah-indah ibadah, membaca istighfar 10 min sebelum subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walaupun olok -olok. (waktu sahur)
9. Mencari kawan-kawan yang soleh untuk mendapat syafaat mereka. Amalkan وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَلِحِينَ"
Wa adkhilna biroh matika fi i'badaadikas solihin"
Ertinya : Jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.
10. Setiap kali masuk masjid, carilah Al Quran dan bacalah walau satu ayat untuk tambah saksi di akhirat.
11. Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus iaitu syurga tertinggi.
12. Khatam 1 juz sehari. sehalai sebelum solat dan sehelai selepas solat.
13. Baca 10 ayat dari surah Al-Baqarah iaitu ayat 1-5 , ayat 255-257 dan ayat 284-286. Amalkan tiap malam dan tiap pagi kerana keberkahan kepada keluarga dan menghalang syaitan masuk dalam rumah kita.
14. Solat witir sebelum tidur ditakuti tidak terbangun tahajud dan agar menjadi ahli witir.
15. Solat taubat sebelum tidur.
16. Sunat membaca Al-Fatihah tanpa bersambung untuk tunjukkan adab membaca Al-Fatihah iaitu berdialog dengan Allah.
Kebaikan Al-fatihah :
- Boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air untuk dijadikan ubat (1x 3x 7x)
- Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al-Fatihah.
17. Dalam amalan kita, titipkan pahala untuk ibubapa mudah-mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
18. Kurangkan berbicara hal dunia, banyakkan berzikir supaya hati tenang.
19. Sibukkan perbaiki aib sendiri supaya tidak sibukkan hal orang.
20. Semalas-malas nak buat solat qobliah / ba'diah , jangan tinggal solat qobliah subuh kerana besar ganjarannya.
21. Jika ada hajat amalkan حسبنا الله منعم الوكيل (Hasbunallah Wani'mal Wakil) sebanyaknya dan jaga hubungan dengan Allah PASTI termakbul.
22. Doa jika ingin mendapat keberkatan ilmu اللهم فقهه في الدين وعلمه التاويل ( Allahumma faqihhu fiddin waa'limhu takwil). Amalkan setiap hari.
SELAMAT BERAMAL ❤️16/8/21
Comments