Peliharalah Percakapan dan Perbuatan

    Jarang sangat dengar orang yang menyesali DIAM mereka tetapi ramai orang selalu menyesali PERCAKAPAN mereka. Kata-kata dan perbuatan jika tidak dijaga pasti akan ada yang terluka. 

Bersama-samalah kita beringat buat najwa sendiri yang menulis dan semua yang membaca blog najwa supaya kita dapat baiki peribadi sebagai seorang muslim yang lebih baik. InsyaAllah.

Daripada Abdullah bin Amru r.a, Rasulullah SAW bersabda :

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه

Maksudnya : "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. Dan seorang penghijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah".

(HR Bukhari, Hadis Sahih)

Allahuakhbar, kadang lidah dan perbuatan kita banyak menyakiti orang tanpa kita sedar. Mungkin ibu ayah, pasangan, anak, sahabat, saudara mara dan lain-lain sehingga menyebabkan sebuah ikatan persaudaraan, persahabatan mahupun perhubungan mula retak.

Cuba bayangkan, bagaimana kita boleh hidup dengan tenang, gembira, mewah sedangkan lidah kita pernah melukakan hati orang lain? Sedangkan apabila tiba saat kita dihisab nanti, mereka yang kita sakiti hatinya akan datang menuntut hak mereka di hadapan Allah.

Nauzubillahiminzalik... 😞

Sebab itu, hubungan dengan manusia jangan dianggap remeh. Marilah bersama-sama kita lebih peka dan berhati-hati dengan lidah dan perbuatan kita. Mudah-mudahan kita dapat memenuhi ciri-ciri seorang muslim iaitu muslim yang selamat daripada kata-kata yang menyakiti hati orang lain dan perbuatan yang negatif.

Bersama-samalah kita mengasihi saudara seperti kita mengasihi diri sendiri seperti hadith yang disampaikan oleh Rasulullah SAW iaitu :

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

لا يؤمن احدكم حتي يحب لاخيه ما يحب  لنفسه

Maksudnya : "Tidak beriman (dengan sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri."

(HR Bukhari, hadis sahih)

Semoga Allah sentiasa memberikan kesempatan kepada kita untuk terus menyayangi orang sekeliling sama seperti kita menyayangi diri sendiri.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Daily Routine sebagai Umat Islam.

Penafsiran Al-Quran

Syarat - Syarat Pentafsir

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Petua Cantik Dalam Islam.

Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya.

5 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Pengenalan Tafsir Al Quran

Jenis -Jenis Pentafsiran Al-Quran