Jenis -Jenis Pentafsiran Al-Quran
Jenis - jenis penafsiran ini telah dikupas daripada satu- satu dari sudut , bahasa, tajwid, mufradat dan juga mantiq. Terdapat 3 jenis penafsiran Al-Quran iaitu :
1. Kaedah Tahlili (terperinci, teliti dalam penerangan)
🌼Merupakan satu kaedah tafsir yang bermaksud menjelaskan kandungan ayat-ayat Al-Quran dari seluruh aspeknya atau mengkaji, menganalisis ayat -ayat al-Quran dari segala segi dan maknanya.
Dalam Tafsir ini :
🍄Penafsir mengikuti turutan ayat sebagaimana yang telah tersusun dalam mushaf.
🍄Penafsir memulakan huraian dengan mengemukakan erti kosa kata diikuti dengan penjelasan mengenai erti keseluruhan ayat.
🍄Mengemukan munasabah ayat -ayat serta menjelaskan hubungan maksud ayat- ayat tersebut satu sama lain.
🍄Penafsir membahas mengenai asbabul nuzul (sebab turunnya ayat) dan dalil-dalil dari Rasulullah, sahabat atau para tabiin.
🍄Tafsir ini dilakukan secara berurutan ayat demi ayat kemudian surah demi surah dari awal hingga akhir sesuai dengan susunan Al-Quran.
🍄Menjelaskan kosa kata dan lafaz, menjelaskan erti yang dikehendaki, sasaran yang dituju dan kandungan ayat iaitu unsur- unsur i'jaz, balaghah dan keindahan susunan kalimah.
🍄Menjelaskan apa yang dapat diambil dari ayat iaitu hukum fiqh, dalil syari'e , erti secara bahasa serta norma-norma akhlak secara terperinci.
KEISTIMEWAAN :
Comments