Bentuk Penafsiran Al- Quran

 Bentuk- bentuk tafsir Al-Quran terbahagi kepada dua iaitu :

1. Tafsir bil Ma'tsur (dari kata atsar yang berarti sunnah, hadith, jejak, peninggalan)

☘️Merupakan tafsiran yang menggunakan Al-Quran, As-sunnah dan pendapat-pendapat para sahabat tabiin.

☘️Tafsir bil Ma'tsur adalah tafsir yang berdasarkan pada kutipan-kutipan yang shahih iaitu menafsirkan Al Quran dengan Al Quran dan Al Quran dengan sunnah (yang bersandarkan dengan nabi).

☘️Contoh Tafsri bil Ma'tsur yang terkenal antaranya : 

- Tafsir Ibnu Jarir

- Tafsir Ibnu Katsir

- An- Nasikh wal Mansukh

2. Tafsir bi-Ra'yi

☘️Merupakan perbuatan menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan ijtihad (pandangan para mujtahid).

☘️Iaitu tafsir Al-Quran dengan ijtihad setelah mufassirin (individu yang mentafsir) perlulah :

1. Mengetahui Bahasa Arab

2. Mengetahui lafaz-lafaz arab serta wajh al- dilalahnya (petunjuk maksud ayat)

3. Mengetahui Asbabul nuzul (sebab -sebab penurunan ayat)

4. Nasakh dan Mansukh (mengkhazafkan hukum terdahulu) 

dan seumpamanya..

☘️Contoh Tafsir Bi-Ra'yi yang terkenal antaranya :

- Tafsir Al-Baidhawi

- Tafsir An Nasafy

➡️Seterusnya, Jenis-Jenis Penafsiran Al-Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Daily Routine sebagai Umat Islam.

Penafsiran Al-Quran

Syarat - Syarat Pentafsir

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Petua Cantik Dalam Islam.

Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya.

5 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Peliharalah Percakapan dan Perbuatan

Pengenalan Tafsir Al Quran

Jenis -Jenis Pentafsiran Al-Quran