Peringkat Kejadian Manusia Menurut Sains Moden
Asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang asal-usul kehidupan dan hidup. Teori pertama yang dapat dikenali dari Aristotle (384-322M) yang disebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea. Menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau materi. Namun teori ini di ragui oleh Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis), berhasil membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi yang mati. Semenjak itu, pada tahun 1860, telah muncul teori baru yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo).
Setelah itu, munculnya teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882). Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”. Menurut Charles Robert Darwin pada tahun 1800-1882 bahawa haiwan, tumbuhan, dan juga manusia merupakan hasil perubahan evolusi dari makhluk hidup yang sangat sederhana pada awal kehidupan di bumi, yang secara perlahan-lahan melalui proses penurunan dengan modifikasi yang akhirnya berkembang menjadi spesies organisme di muka bumi ini, termasuk di dalamnya adalah kejadian manusia.
Khusus tentang kejadian manusia, menurut teori evolusi Darwin, manusia adalah haiwan atau binatang yang lebih maju dibandingkan haiwan atau spesies lain. Pada tahun 1842 Darwin telah menyusun kerangka teorinya dalam sebuah buku yang setebal 250 halaman yang telah diselesaikan pada tahun 1844, yang kemudian ia beri judul The Origin of the Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859 dan buku lain dengan judul The Origin of Men pada tahun 1871 yang kemudian terkenal dengan istilah Teori Evolusi Darwin.
Teori Darwin berdasarkan atas seleksi alam yang dapat menghasilkan perubahan besar pada organisma setelah waktu yang lama bahkan pada suatu saat tertentu dapat menghasilkan spesies baru. Dia juga mengatakan bahawa semua organisme yang meliputi seluruh tumbuhan dan haiwan yang ada dan pernah ada berkembang dari beberapa atau bahkan satu satu bentuk yang sangat sederhana melalui proses penurunan dengan modifikasi melalui seleksi alam.
Seiring dengan perkembangan dunia ilmu pengetahuan modern, teori Darwin ini lambat laun digugurkan oleh para ilmuwan-ilmuwan modern yang disebabkan kerana kegagalan Darwin dalam menjelaskan proses mekanisme transdormasi gen dari DNA kera menjadi manusia. Sungguh sangat gempar dan ironis bagi para ilmuwan dan kita pada saat ini yang telah lama belajar mendalami ilmu dan konsep teorinya.
Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960). Persoalan jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, manusia dan kera berbeza dan teori ini tidak relevan.
PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA
MENURUT SAINS MODEN
Teori sains menyatakan bahawa bayi yang di dalam kandungan akan mengharungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
TAHAP PRE-EMBRIONIK
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel akan menyusun dan mengatur diri mereka sendiri kemudian membentuk tiga lapisan.
TAHAP EMBRIONIK
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
TAHAP FETUS
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahap ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Kesimpulannya, tiada perbezaan yang ketara dalam proses kejadian manusia melalui Al-Quran dan sains moden. Hal ini kerana melalui Al-Quran, proses kejadian manusia yang diperkatakan adalah bermula dengan percantuman antara benih (Nuftah) kemudian menjadi segumpal darah (Alaqah) seterusnya seketul daging (Mudghah) menjadi beberapa tulang (Izham) dan kemudiannya ditiupkan pula roh ke dalam tulang yang telah dibaluti oleh daging tersebut. Proses ini adalah sama seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran sains moden di mana peringkat awalnya ialah percantuman sel sperma dan sel ovum (Nuftah), kemudian blastosit pula menempel pada uterus sama seperti peringkat Alaqah. Peringkat embrio pula merupakan peringkat yang sama dengan pembentukan Mudghah, Izham dan Lahm. Manakala peringkat janin seperti peringkat Nasy’ah Khalaqan Akhar. Seterusnya peringkat plasenta yang terbentuk lengkap pula selari dengan peringkat Nafkhur Ruh kemudian akhirnya berlaku pula penyempurnaan kepada yang telah wujud. Maka jelaslah bahawa sains moden dan Al-Quran mempunyai konsep utama yang sama dalam proses kejadian manusia. Walaupun terdapat teori-teori daripada sarjana barat, teori tersebut tidak diambil kira oleh masyarakat pada hari ini. Contohnya seperti teori abiogenesis yang dipelopori oleh Aristotle merupakan teori yang langsug tidak pernah diterima oleh masyarakat dunia. Selain itu, teori dari Charles Darwin iaitu Teori Darwin hanya pada peringkat awal sahaja ada masyarakat yang mempercayainya tetapi setelah mengikut logik akal fikiran, teori tersebut telah dinafikan dan diketepikan. Oleh itu, berdasarkan huraian-huraian perbandingan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa proses kejadian seorang manusia itu sama dinyatakan melalui Al-Quran dan Sains moden. Walaupun terdapat nama-nama peringkat kejadian tersebut barlainan antara Al-Quran dan sains moden, tetapi secara umumnya, peringkat tersebut adalah sama dan serupa.
KESIMPULAN

Comments