Posts

Showing posts from August, 2021

Tips Daily Routine sebagai Umat Islam.

 Sebagai Umat islam, kita perlulah menjalani kehidupan seperti orang islam bukan mengikuti cara barat. Kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri, akhlak dan cara hidup mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh islam. Ini merupakan Amalan yang disarankan di pagi hari hingga ke malam. 1. Baca QulhuAllah (surah Al- Ikhlas) 10x setiap pagi. 2. Al- Mulk sebelum tidur. 3. Sedekah subuh hari -hari. (bagi kucing makan ke minum pon dikira sedekah jugak) 4. Baca ayat kursi selepas solat.  5. Selawat pada hari jumaat melebihi zikir -zikir lain. 6. Jika hendak solat dengan khusyuk, berwuduk 10 minit sebelum azan, off handphone dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat. 7. Satu doa untuk satu sedekah subuh. 8. Seindah-indah ibadah, membaca istighfar 10 min sebelum subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walaupun olok -olok. (waktu sahur) 9. Mencari kawan-kawan yang soleh untuk mendapat syafaat mereka. Amalkan وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ...

Jenis -Jenis Pentafsiran Al-Quran

 Jenis - jenis penafsiran ini telah dikupas daripada satu- satu dari sudut , bahasa, tajwid, mufradat dan juga mantiq. Terdapat 3 jenis penafsiran Al-Quran iaitu : 1. Kaedah Tahlili (terperinci, teliti dalam penerangan) 🌼Merupakan satu kaedah tafsir yang bermaksud menjelaskan kandungan ayat-ayat Al-Quran dari seluruh aspeknya atau mengkaji , menganalisis ayat -ayat al-Quran dari segala segi dan maknanya. Dalam Tafsir ini : 🍄Penafsir mengikuti turutan ayat sebagaimana yang telah tersusun dalam mushaf. 🍄Penafsir memulakan huraian dengan mengemukakan erti kosa kata diikuti dengan penjelasan mengenai erti keseluruhan ayat. 🍄Mengemukan munasabah ayat -ayat serta menjelaskan hubungan maksud ayat- ayat tersebut satu sama lain. 🍄Penafsir membahas mengenai asbabul nuzul (sebab turunnya ayat) dan dalil-dalil dari Rasulullah, sahabat atau para tabiin. 🍄Tafsir ini dilakukan secara berurutan ayat demi ayat kemudian surah demi surah dari awal hingga akhir sesuai dengan susunan Al-Quran...

Bentuk Penafsiran Al- Quran

 Bentuk- bentuk tafsir Al-Quran terbahagi kepada dua iaitu : 1. Tafsir bil Ma'tsur ( dari kata atsar yang berarti sunnah, hadith, jejak, peninggalan ) ☘️Merupakan tafsiran yang menggunakan Al-Quran , As-sunnah dan pendapat-pendapat para sahabat tabiin . ☘️Tafsir bil Ma'tsur adalah tafsir yang berdasarkan pada kutipan-kutipan yang shahih iaitu menafsirkan Al Quran dengan Al Quran dan Al Quran dengan sunnah (yang bersandarkan dengan nabi). ☘️Contoh Tafsri bil Ma'tsur yang terkenal antaranya :  - Tafsir Ibnu Jarir - Tafsir Ibnu Katsir - An- Nasikh wal Mansukh 2. Tafsir bi-Ra'yi ☘️Merupakan perbuatan menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan ijtihad (pandangan para mujtahid) . ☘️Iaitu tafsir Al-Quran dengan ijtihad setelah mufassirin (individu yang mentafsir) perlulah : 1. Mengetahui Bahasa Arab 2. Mengetahui lafaz-lafaz arab serta wajh al- dilalahnya (petunjuk maksud ayat) 3. Mengetahui Asbabul nuzul (sebab -sebab penurunan ayat) 4. Nasakh dan Mansukh (mengkhazafkan...

Definisi Tafsir Al-Quran

Disebutkan atas wazan taf'iil "تفعيل" daripada "الفسر" bermaksud : bermakna , penjelasan , penerangan , menyingkap dalam Al-Quran. DALIL AL-QURAN "Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan kami datangkan kepadamu sesuatu yang benar dan paling baik penjelasannya." (Al-Furqan :33) Pengertian Tafsir 🌸 Perkataan (ف س ر ) "Fasara" bermaksud menjelaskan atau menghuraikan . 🌸 "Fasara: juga bermaksud kesungguhan membuka secara berulang-ulang . 🌸 kata "tafsir" bermaksud upaya kesungguhan untuk membuka penjelasan tentang makna dan hakikat yang tersembunyi di dalam Al-Quran . Manakala, Perkataan yang seringpula dipadankan  dengan istilah "tafsir" adalah "takwil" . Kedua - dua perkataan ini mempunyai perbezaan maksud namun kedua dua istilah ini sering digunakan secara bersamaan atau bergantian dalam tafsiran Al-quran. Pengertian Takwil 🌸 " Takwil " bermaksud...

Penafsiran Al-Quran

 Tafsir Al-quran adalah ilmu pengetahuan untuk memahami dan menafsirkan yang berhubungan dengan Al-quran dan isinya berfungsi sebagai mubayyin (pemberi penjelasan), menjelaskan tentang maksud dan kandungan Al-Quran, khususnya menyangkut ayat-ayat yang tidak difahami ataupun samar-samar maksudnya. 🍀 Dalam menafsir Al-quran yang diperlukan bukan hanya mengetahui bahasa Arab, bahkan juga berbagai macam ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Al-Quran dan isinya. 🍀 Ilmu untuk memahami Al-quran disebut dengan Ushul Tafsir atau dikenali dengan Ulumul Quran (ilmu-ilmu Al-Quran). Tambahan : - kalau dapat sesuatu, kaji dulu baru share. - Pendapat mestilah berdasarkan dengan ilmu, sumber yang betul. ➡️ Seterusnya, Definisi Tafsir Al-Quran

Pengenalan Tafsir Al Quran

 PENGENALAN Sejak Alquran diturunkan sebagai wahyu , ia telah dipelihara begitu rapi. Berbeza dengan kitabullah yang lain, Al-quran telah dipelihara sepanjang zaman hingga ke hari ini tanpa ada perubahan sedikit pun. Manakala, Kitabullah yang lain ( zabur, taurat dan injil) telah diolah sehingga tidak sama dengan maksud sebenar.  💫Al-quran pula telah dihafal oleh ramai penghafaz Al-quran setiap zaman bermula zaman Rasulullah SAW lagi hinggalah ke hari ini. 💫Al-Quran telah dipelihara dalam bentuk tulisan . Daripada peringkat awalnya ramai penulis Al-Quran menghasilkan mushaf . Dan selepas itu, perkembangan teknologi, Al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan. 💫Semua penjagaan Al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa Al-Quran terpelihara dari kesalahan dan kekurangan . DALIL AL-QURAN “Sesun...