Posts

Showing posts from December, 2021

Peliharalah Percakapan dan Perbuatan

     Jarang sangat dengar orang yang menyesali DIAM mereka tetapi ramai orang selalu menyesali PERCAKAPAN mereka. Kata-kata dan perbuatan jika tidak dijaga pasti akan ada yang terluka.  Bersama-samalah kita beringat buat najwa sendiri yang menulis dan semua yang membaca blog najwa supaya kita dapat baiki peribadi sebagai seorang muslim yang lebih baik. InsyaAllah. Daripada Abdullah bin Amru r.a, Rasulullah SAW bersabda : ุงู„ู…ุณู„ู… ู…ู† ุณู„ู… ุงู„ู…ุณู„ู…ูˆู† ู…ู† ู„ุณุงู†ู‡ ูˆูŠุฏู‡ ูˆุงู„ู…ู‡ุงุฌุฑ ู…ู† ู‡ุฌุฑ ู…ุง ู†ู‡ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ Maksudnya : "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. Dan seorang penghijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari, Hadis Sahih) Allahuakhbar, kadang lidah dan perbuatan kita banyak menyakiti orang tanpa kita sedar. Mungkin ibu ayah, pasangan, anak, sahabat, saudara mara dan lain-lain sehingga menyebabkan sebuah ikatan persaudaraan, persahabatan mahupun perhubungan mula retak. Cuba bayangkan, bagaimana kita ...

5 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

 1. Wujudkan komunikasi yang baik dengan anak. ๐ŸŒธSentiasa berlemah- lembut dengan anak dan memberikan perhatian sepenuhnya juga memberikan ulasan jawapan yang terbaik buat anak-anak sekiranya mereka bertanyakan sesuatu. Selain itu, ibubapa perlulah cakna mengenai apa-apa cerita yang ingin mereka kongsikan. Perkara ini merupakan proses utama dalam mengenali jiwa dan hati mereka.  Dari Ibn Abbas RA ketika ditanya:  " Dengan apa kamu capai ilmu ini? ", beliau menjawab:                                    ุจู„ุณุงู† ุณุคูˆู„ , ูˆู‚ู„ุจ ุนู‚ูˆู„  Maksudnya : "Dengan lidah yang banyak bertanya dan dari hati yang benar-benar berakal. 2. Teguran yang berhemah. ๐ŸŒธIbubapa perlulah memberikan teguran yang berhemah kepada anak-anak. Sekiranya cara komunikasi mereka tidak disenangi, didiklah mereka dengan menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami. Dalam menegur jangan sampai melukakan per...