Posts

Petua Cantik Dalam Islam.

Image
 Nak cantik ? Petua cantik cara islam: 🌈Lepas solat isyak, baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan baca surah al-Waqiah (ayat 35-38) sebanyak 7 kali. 🌈Tiup dalam air. amalkan setiap hari. - Dari ustazah Norbahyah- SURAH AL-FATIHAH AYAT KURSI SURAH WAQIAH AYAT 35-38 ❤️ .Semoga bermanfaat

Peliharalah Percakapan dan Perbuatan

     Jarang sangat dengar orang yang menyesali DIAM mereka tetapi ramai orang selalu menyesali PERCAKAPAN mereka. Kata-kata dan perbuatan jika tidak dijaga pasti akan ada yang terluka.  Bersama-samalah kita beringat buat najwa sendiri yang menulis dan semua yang membaca blog najwa supaya kita dapat baiki peribadi sebagai seorang muslim yang lebih baik. InsyaAllah. Daripada Abdullah bin Amru r.a, Rasulullah SAW bersabda : المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه Maksudnya : "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. Dan seorang penghijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari, Hadis Sahih) Allahuakhbar, kadang lidah dan perbuatan kita banyak menyakiti orang tanpa kita sedar. Mungkin ibu ayah, pasangan, anak, sahabat, saudara mara dan lain-lain sehingga menyebabkan sebuah ikatan persaudaraan, persahabatan mahupun perhubungan mula retak. Cuba bayangkan, bagaimana kita boleh hid

5 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

 1. Wujudkan komunikasi yang baik dengan anak. 🌸Sentiasa berlemah- lembut dengan anak dan memberikan perhatian sepenuhnya juga memberikan ulasan jawapan yang terbaik buat anak-anak sekiranya mereka bertanyakan sesuatu. Selain itu, ibubapa perlulah cakna mengenai apa-apa cerita yang ingin mereka kongsikan. Perkara ini merupakan proses utama dalam mengenali jiwa dan hati mereka.  Dari Ibn Abbas RA ketika ditanya:  " Dengan apa kamu capai ilmu ini? ", beliau menjawab:                                    بلسان سؤول , وقلب عقول  Maksudnya : "Dengan lidah yang banyak bertanya dan dari hati yang benar-benar berakal. 2. Teguran yang berhemah. 🌸Ibubapa perlulah memberikan teguran yang berhemah kepada anak-anak. Sekiranya cara komunikasi mereka tidak disenangi, didiklah mereka dengan menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami. Dalam menegur jangan sampai melukakan perasaan atau mengaibkan diri anak. Sebagai contoh, dengan memarahi anak dikhalayak ramai. 3. Menzahirkan kasih

Jenis Penuntut Ilmu (Student)

 1. At- Taswif : التسويف 📚Suka berlengah dan bertangguh. Bertangguh didalam mengamalkan sesuatu ilmu yang dipelajari dengan alasan ingin beramal selepas habis belajar dan sebagainya. 2. At- Tasyattut : التشتت 📚Tidak fokus, semua buku hendak dibaca dan semua benda hendak belajar serentak. Menyebabkan ilmunya akan berselerak dan terumbang ambing. 3. At- Tasaddur : التصدر 📚Terlalu ghairah untuk berpandangan, mengajar & menjadi tokoh.  Suka kehadapan didalam menyampaikan ilmu sedangkan belum diberi kebenaran oleh gurunya untuk ceburi bidang dakwah/mengajar. 4. Al- Isti'jal : الاستعجال 📚Tergesa-gesa dan nak semua jadi dengan cepat dan ekspres. Nak kelas ekspres, daurah ekspres, nak belajar kitab nipis yang ekspress, nak jadi alim cepat-cepat, nak hafal cepat-cepat, nak jadi "figure" cepat-cepat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita semua dari sifat-sifat dan tipu daya tersebut. Allahumma Aminnn..

Talak

Pengertian 'Talak' 📔 Meleraikan atau menghuraikan ikatan tali seperti huraikan tali pada sesuatu benda atau barang yang terikat. 📔 Meleraikan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. 📔 Perkataan ini dikhususkan fasa penceraian hubungan suami istri dengan perkataan 'cerai atau perceraian'. Dalam mazhab syafie :      حل قيد النكاح بلفظ طلاق أو نحوه " Meleraikan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau kata-kata seumpamanya." Bahasa : Melepaskan ikatan Istilah : Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kata-kata atau lafaz yang menunjukkan talak atau penceraian.

Hukum Syarak dan Bahagiannya.

1. Pengertian Iqtida' 🕸 Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.  Tuntutan pasti adalah wajib dan haram.  Tuntutan Pasti adalah wajib dan haram. Tuntutan tidak pasti sunat dan makruh. 2. Hukum wadie beserta maksudnya.  سبب : Sesuatu yang menjadi asas kepada wujudnya hukum. شرط :  Sesuatu yang kerana adanya hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya ia hukum. مانع :  Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan. 3. Apakah maksud ايجاب ? 🕸ايجاب ialah tuntutan syarak keatas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti. HUKUM WADIE ✨ Untuk menguji tahap keimanan manusia. ✨ Merangsang manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. ✨Membezakan manusia dengan haiwan. ✨Mendisiplinkan manusia dalam kehidupan.

Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya.

Ilmu Usul Fiqh   1. Apakah maksud ilmu usul fiqh? 🐝Ilmu tentang kaedah untuk menentukan hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. 2. Apakah kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh? 🐝Para ulama' boleh menghasilkan hukum-hukum yang lebih tepat. 🐝Boleh mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin. 🐝Memahami cara ulama' mengistimbatkan hukum. 🐝Boleh mengetahui cara penetapan hukum baru yang tidak terdapat dalam nas al-Quran dan As-sunnah. 3. Mengapakah para sahabat dipilih sebagai perawi? 🐝Penguasaan dalam bahasa arab yang baik. 🐝Pengetahuan tentang asbabul nuzul ayat dan wurud hadith. 🐝Mereka merupakan perawi hadith. 4. Mengapakah pada zaman kemunculan usul fiqh diletakkan baris dan titik? 🐝Bilangan umat islam bertambah ramai. 🐝Pencampuran orang arab dan orang a'jam. 🐝Timbul banyak masalah baru yang tidak terdapat dalam al-Quran dan As-sunnah. دليل٢ شرع 🐝Merangkumi dalil yang disepakati dan tidak disepakati. دلالة 🐝Merangkumi kaedah, is