Posts

Showing posts from October, 2021

Jenis Penuntut Ilmu (Student)

 1. At- Taswif : التسويف 📚Suka berlengah dan bertangguh. Bertangguh didalam mengamalkan sesuatu ilmu yang dipelajari dengan alasan ingin beramal selepas habis belajar dan sebagainya. 2. At- Tasyattut : التشتت 📚Tidak fokus, semua buku hendak dibaca dan semua benda hendak belajar serentak. Menyebabkan ilmunya akan berselerak dan terumbang ambing. 3. At- Tasaddur : التصدر 📚Terlalu ghairah untuk berpandangan, mengajar & menjadi tokoh.  Suka kehadapan didalam menyampaikan ilmu sedangkan belum diberi kebenaran oleh gurunya untuk ceburi bidang dakwah/mengajar. 4. Al- Isti'jal : الاستعجال 📚Tergesa-gesa dan nak semua jadi dengan cepat dan ekspres. Nak kelas ekspres, daurah ekspres, nak belajar kitab nipis yang ekspress, nak jadi alim cepat-cepat, nak hafal cepat-cepat, nak jadi "figure" cepat-cepat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita semua dari sifat-sifat dan tipu daya tersebut. Allahumma Aminnn..

Talak

Pengertian 'Talak' 📔 Meleraikan atau menghuraikan ikatan tali seperti huraikan tali pada sesuatu benda atau barang yang terikat. 📔 Meleraikan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. 📔 Perkataan ini dikhususkan fasa penceraian hubungan suami istri dengan perkataan 'cerai atau perceraian'. Dalam mazhab syafie :      حل قيد النكاح بلفظ طلاق أو نحوه " Meleraikan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau kata-kata seumpamanya." Bahasa : Melepaskan ikatan Istilah : Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kata-kata atau lafaz yang menunjukkan talak atau penceraian.

Hukum Syarak dan Bahagiannya.

1. Pengertian Iqtida' 🕸 Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.  Tuntutan pasti adalah wajib dan haram.  Tuntutan Pasti adalah wajib dan haram. Tuntutan tidak pasti sunat dan makruh. 2. Hukum wadie beserta maksudnya.  سبب : Sesuatu yang menjadi asas kepada wujudnya hukum. شرط :  Sesuatu yang kerana adanya hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya ia hukum. مانع :  Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan. 3. Apakah maksud ايجاب ? 🕸ايجاب ialah tuntutan syarak keatas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti. HUKUM WADIE ✨ Untuk menguji tahap keimanan manusia. ✨ Merangsang manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. ✨Membezakan manusia dengan haiwan. ✨Mendisiplinkan manusia dalam kehidupan.

Ilmu Usul Fiqh dan Kepentingannya.

Ilmu Usul Fiqh   1. Apakah maksud ilmu usul fiqh? 🐝Ilmu tentang kaedah untuk menentukan hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. 2. Apakah kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh? 🐝Para ulama' boleh menghasilkan hukum-hukum yang lebih tepat. 🐝Boleh mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin. 🐝Memahami cara ulama' mengistimbatkan hukum. 🐝Boleh mengetahui cara penetapan hukum baru yang tidak terdapat dalam nas al-Quran dan As-sunnah. 3. Mengapakah para sahabat dipilih sebagai perawi? 🐝Penguasaan dalam bahasa arab yang baik. 🐝Pengetahuan tentang asbabul nuzul ayat dan wurud hadith. 🐝Mereka merupakan perawi hadith. 4. Mengapakah pada zaman kemunculan usul fiqh diletakkan baris dan titik? 🐝Bilangan umat islam bertambah ramai. 🐝Pencampuran orang arab dan orang a'jam. 🐝Timbul banyak masalah baru yang tidak terdapat dalam al-Quran dan As-sunnah. دليل٢ شرع 🐝Merangkumi dalil yang disepakati dan tidak disepakati. دلالة 🐝Merangkumi kaedah, is...