Posts

Showing posts from June, 2021

Ashabul Kahfi

Image
     Kisah Ashabul Kahfi (أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26 dalam Surah Al-Kahfi, diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah سبحانه وتعالى tidurkan mereka selama 309 tahun.      Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita tentang  Ashabul Kahfi  termasuk suatu kejadian pelik, luar biasa dan menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang boleh tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan meyakini Allah سبحانه وتعالى bahawa tiada yang mustahil jika Allah سبحانه وتعالى mengkehendakinya demikian. . Allah سبحانه وتعالى berfirman; أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا ﴿٩ “Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘Ashabul Kahfi’ (penghuni ...

Syarat - Syarat Pentafsir

1. Akidah yang benar 🌸Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassirin (ahli pentafsir) agar tidak melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al quran . 🌸Mereka juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukankan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar. 2. Bersih daripada segala kepentingan diri (hawa nafsu)

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

PERINGKAT PERTAMA (NUFTAH) Nuftah adalah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui surah Al- Insan ayat 2 mafhumnya, “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang kami (hendak menguji dengan perintah  dan larangan). Kami jadikan dia melihat dan mendengar” .  (Surah Al-Insan : 2) Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. PERIGKAT KEDUA (ALAQAH) Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza sert...

Peringkat Kejadian Manusia Menurut Sains Moden

Asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang asal-usul kehidupan dan hidup. Teori pertama yang dapat dikenali dari Aristotle (384-322M) yang disebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea. Menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau materi. Namun teori ini di ragui oleh Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis), berhasil membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi yang mati. Semenjak itu, pada tahun 1860, telah muncul teori baru yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya ( omne vivum ex vivo ). Setelah itu, munculnya teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882). Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori  “omne vivum ex vivo”.  Menurut Charles Robert Darwin pada tahun 1800-1882 bahawa haiwan, tumbuhan, dan juga manusia merupakan hasil perubahan evolusi dari makhluk hidup yang sangat sederhana pada awal k...